Syarat-syarat perjanjian Perjanjian_Inggeris-Belanda_1824

Antara syarat penting isi perjanjian ini ialah:-

  • Belanda mengiktiraf kedudukan inggeris di Singapura.[1]
  • Belanda akan menyerahkan Melaka kepada pihak British dan sebagai balasannya, pihak British pula akan memberikan Bangkahulu kepada pihak Belanda.
  • Penghapusan lanun di kawasan Kepulauan Melayu ialah tanggungjawab kedua-dua belah pihak (British & Belanda).
  • Belanda tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu.
  • Pihak British pula tidak boleh membuat sebarang perjanjian atau terlibat dalam hal ehwal mana-mana kerajaan di selatan Singapura, yang berada di bawah pengaruh pihak Belanda dan juga di Sumatera.

Kesan Perjanjian Inggeris Belanda

  • Pembahagian Kepulauan Melayu kepada dua lingkungan pengaruh iaitu pengaruh British dan Pengaruh Belanda.
  • Perpecahan Empayar Johor-Riau. Empayar Johor berakhir apabila Singapura dan Tanah Besar Johor jatuh ke tangan British dan Kepulauan Riau di bawah pengaruh Belanda.
  • Persaingan kuasa antara Belanda dengan British semakin sengit.